CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
This is my site... These are my dailies in a blog...
This is exclusively my diblogary.


~~ Sekadar untuk renungan ~~
"Tak perlu secantik Balqis ANDAI diri tak seindah Sulaiman,
Buat apa diharap kasih setulus Zulaikha ANDAI diri tak setampan Yusof,
Jangan dicari sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah ANDAI diri tak seteguh Ibrahim,
Mengapa mahukan seistimewa Siti Khadijah ANDAI diri tak sempurna Rasulullah,
Jangan mencari kesempurnaan dari orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan kekurangan..."


Sunday, February 22, 2009

Hari Kebangsaan NBD ke 25 tahun

I would like to wish everyone in the country as well as oversea within Bruneian nationality....
"Selamat menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun".

If you don't know it yet, the theme for this year is "Kedewasaan bernegara".

I just thought it would be nice to share the knowledge and information regarding the logo of this year's National Day. I found this useful info from here while I was blog-hopping today.

Logo Jubli Perak Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam 2009


Huraian mengenai dengan Logo Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009

Payung tunggal berwarna kuning melambangkan sistem kepimpinan beraja. Raja adalah payung mahkota tempat rakyat bernaung dan berlindung.Latar belakang dari bawah warna biru yang semakin cerah ke atas melambangkan alam semesta ciptaan Allah Subhanahu Wataala di mana Negara Brunei Darussalam ditadirkan-Nya tergolong dalam "community of nations" dan para pemimpin memikul umanah mentadbir negara pada lunas-lunas yang diredai-Nya dengan penuh bertawakal untuk mewujudkan masa depan yang cerah

Empat payung bersusun warna perak melambangkan kesatuan empat daerah yang dihuni oleh tujuh (7) puak jati yang selama-lamanya mendukung padu sistem kepimpinan beraja secara istiqamah demi melahirkan kemakmuran, keselamatan dan ketenteraman negara. Warna perak melambangkan tempoh 25 tahun keempat-empat daerah menikmati rahmat kemerdekaan

Panji-panji melambangkan identiti negara yang disanjung dengan semangat patriotik yang tinggi.

Tangkai berlengkar warna putih pada tiang payung yang mendukung panji-panji melambangkan toleransi berjiran tetangga dalam lengkungan "community of nations". Warna putih melambangkan kemurnian nilai-nilai dalam kehidupan dan kesucian berugama.

Tema dalam tulisan jawi melambangkan bangsa Brunei yang mendukung kesucian ugama, menghormati warisan budaya, mengamalkan budaya bangsa yang berteraskan "Melayu Islam Beraja.
Tema dalam tulisan rumi warna merah melambangkan kedewasaan bangsa Brunei dengan semangat cekal bersaing di arena antarabangsa dalam pelbagai sumber kehidupan demi survival bangsa dan negara.
Logo berbentuk empat segi tidak bersempadan pada sebelah kanan melambangkan negara terdedah kepada globalisasi dan kedewasaan bangsa Brunei menghadapinya bersandarkan pada tafsiran-tafsiran pada keseluruhan logo.


0 comments:

Taneya's Countdown